Children are bearing the brunt of Israel's war on the Gaza Strip, the United Nations Children's Fund (Unicef) has said.

More than 300 children have been killed and hundreds more wounded in Israel's aerial and ground assault, Ann Veneman, Unicef's executive director, said in a statement released on Wedneday.

She said: "Each day more children are being hurt, their small bodies wounded, their young lives shattered. This is tragic. This is unacceptable.

"They are bearing the brunt of a conflict which is not theirs.

"As fighting reaches the heart of heavily populated urban areas, the impact of lethal weapons will carry an even heavier toll on children."

(taken from http://english.aljazeera.net)

2 comments:

Erieq said...

israel kaum laknat la

Jalan Menuju Kesejahteraan said...

AZAB ALLAH TERHADAP UMMAT ISLAM YANG LALAI

Kekejaman Palestin sebagai tanda peringatan ALLAH kepada hambanya kerana umat islam hari lalai kepada Allah. Ramai yang tidak faham islam dan merasakan islam itu Cuma ritual.

Tidak boleh diguna pakai didalam pekerjaan seharian,politik dan sebagainya. Ingatlah selagi kamu duduk dibumi Allah, islamlah agamanya. Kalau tak berminat, atau mengatakan tidak sesuai, bertaubatlah, jangan sehingga Allah menurunkan keputusannya.

Sebelum itu ingin saya nyatakan disini, Apa yang tertulis ini disampaikan kepada saya untuk disampaikan kepada orang beriman(bukan saya carik benda ni di internet atau baca dibuku) untuk diamalkan bukan sebagai ilmu semata-mata.

Kita tidak punyai ilmu untuk mengajar, tetapi kita boleh sampai menyampai ilmu Allah. Kerana yang berhak mengajar itu hanyalah Allah. Dialah yang mengajar manusia apa yang tidak diketahui.

Marilah kita menjadi orang islam yang beriman mulai hari ini. JANGAN JADI ISLAM SAHAJA TANPA BERIMAN. KERANA MUNAFIK, FASIQ DAN MUSYRIK ITU JUGA ISLAM DAN GOLONGAN INI DIJANJIKAN ALLAH KEBINASAAN DAN DIAKHIRAT PULA TEMPAT KEMBALINYA ADALAH NERAKA.

Islam jangan diukur dari kesenangan, kemenangan, kemajuan, harta benda, masjid, ramainya pengganut, kuatnya ibadah, atau apa sahaja yang Nampak dimata. Tetapi islam itu diukur dari imannya di hati.

Tak semestinya yang berpakaian copak-capek itu tidak islam, atau yang kuat beribadah dimasjid lebih islam dari anak muda yang duduk ditepi jalan, apa yang dipandang dengan mata bukanlah ukuran.

Kalau pun Palestin itu hancur lumat, belum tentu mereka kalah. Adakalanya Allah memberikan kemenangan iaitu dihati hambanya dengan beriman kepadanya walaupun keadaan mereka seperti menerima azab Allah yang amat parah.

Tetapi kita yang melihat wajib mengambil sebagai iktibar itulah janji Allah, Dialah mengajar manusia dengan satu kisah atau kejadian dan Dia lah yang maha berkuasa, tidak ada yang setanding dengannya.

KESALAHAN UTAMA UMAT ISLAM HARI INI
Kesalahan terbesar kita Umat islam hari ini ialah Islam pada IC, Islam pada Nama, Islam pada Perbuatan, Islam pada Syiar tetapi tidak islam dihati dan inilah yang mengundang kemurkaan ALLAH S.W.T . Rasullullah juga disuruh tinggalkan kaum ini.

“mereka itu adalah kaum yang tidak beriman.’ Maka berpalinglah (hai Muhammad) (Al-Zukhruf 87-89)

Kalau ditanya bab Rukun islam pertama sahaja umat islam sudah gagal. Saudara-saudari ku yang ku kasihi sekalian 2 kalimah Syahadah itu lafaz.(kristian, yahudi, budha, hindu pun boleh lafaz)Amalannya yang menjadi ibadah wajib(bukan sunat) telah ditinggalkan oleh umat islam hari ini. Jadilah islam itu dimata tapi tidak dihati kerana amalan hatinya tidak ambil sekali.

Sama seperti solat tetapi tidak menghadap diri kepada Allah..Syaitan lah sembahannya..

Kegagalan dalam kalimah syahadah hari ini bukan sahaja kepada umat islam umum sahaja malah guru agama, ustaz dan uztazah, pensyarah, imam, malah mufti juga gagal mengingatkan diri mereka dan orang yang menjadi pimpinan mereka supaya kembali mengingati Allah setiap saat. Ada diantara mereka menghukum sunat mengingati Allah setiap masa padahal itu wajib. (kalau sunat bermaksud, sunat izinkan iblis bisik dihati sesaat)

Maka tidak harian lah sekarang ini beribu umat islam meninggal kan islam. Masuk agama lain seumpama menukar Kelab atau persatuan kerana yang patut menyampaikan agama juga telah lalai dari mengingati Allah setiap saat atau amalan dua kalimah syahadah.

AMALAN SYAHADAH
Firman Allah ;

“ Wahai orang-orang Yang beriman ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan sebutan Yang sebanyak-banyaknya. dan bertasbihlah kamu kepadanya pada waktu pagi dan petang.”(al-Ahzab:41-42)

Inilah yang tertulis didalam Al-Quran. Diulangi ayat menyuruh kita berzikrullah setiap masa berkali-kali didalam Al-Quran supaya kita sentiasa ingat Allah dan bertasbih kepadanya pagi petang siang malam, ketika duduk, berdiri berbaring malah ketika tidur tanpa lupa walau satu saat kepadanya. Tujuannya ialah supaya kita tidak lalai dari beribadah kepada Allah.

“dan aku tidak menjadikan jin dan manusia melainkan untuk mereka beribadat kepadaKu.” (Al-Zariyat:56)

Bagaimana cara nak beribadah dan menyebut nama Allah sentiasa?
Firman Allah ;

“Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu, Dengan merendah diri serta Dengan perasaan takut, dan Dengan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang dan janganlah Engkau menjadi dari orang-orang Yang lalai. (al-A`raaf : 205)

Iaitu dengan berzikir didalam hati dengan perasaan merendah dan takut supaya kita tidak digolong didalam orang-orang yang lalai.

Menyebut nama Allah bukan dimulut, kerana mulut itu untuk bertasbih dengan nama-nama asma Allah, puji-pujian dan selawat dan tasbih ini pula tidak boleh dilakukan ketika didalam tandas, ketika tidur, ketika mesyuarat.Tetapi menyebut nama Allah didalam hati tidak ada siapa yang tahu boleh dilakukan dimana sahaja.

CARA NYA
Iaitu dengan menyebut Allah. Bukan lailhaillalah, subhanallah atau Ar-Rahman dll. Kerana Kalimah Allah itu adalah kalimah keagungan lengkap dengan segala sifat, asma , afal, selawat, hidayah dan pertaliannya menuju zat Allah telah terkandung didalam satu kalimah dan itu yang disebut didalam Alquran. (kerana tidak ada ayat menyuruh menyebut subhanallah, Alhamdulillah didalam hati Jangan tersalah pula)

Hukum mengingati Allah setiap saat dihati adalah WAJIB. Hukum melupakan Allah walau satu saat didalam hati adalah HARAM. Tanyalah diri kamu sendiri adakah kamu menghalalkan iblis mengotori hati mu walau sesaat?

“Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa, apabila disentuh oleh sesuatu imbasan hasutan syaitan, mereka ingat pada Allah, maka dengan itu mereka Nampak jalan yang benar”(Al-A`raaf:201)

Rasullullah bersabda: " Mata ku tidur tetapi hati ku berjaga" iaitu Rasullullah sendiri mengingati Allah setiap saat walaupun ketika baginda tidur. Cuba kita fikirkan, wajarkah Rasullullah sebaik-baik makhluk melupa Allah walau satu saat? Kerana itu ikutlah Rasullullah.

AYAT AL-QURAN YANG MEWAJIBKAN KITA MENGINGATI ALLAH SETIAP MASA
"Celakalah orang-orang yang dihatinya tidak berzikir kepada Allah. Mereka itu dalam keadaan sesat yang nyata"(Al-Zumar:22)
- Sila baca didalam bahasa arab dan fahamkan maksudnya.

Bolehkah sekejap kita zikir..sekejap lagi kita dicelakai oleh Allah, kemudian berzikir lagi. Kemudian dicelaka lagi? Itu tanda wajib ingat Allah setiap masa. Kalau lupa istighfar. Kerana bukan sengaja. Tetapi kalau menghukum sunat, atau sengaja malas buat itu yang bahaya.

“dan sebutlah akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah kepadanya Dengan sebulat-bulat tumpuan” ( Muzammil : 8)

“dan sebutlah akan nama Tuhanmu (di Dalam dan di luar sembahyang), pada waktu pagi dan petang”(Al-Insan:25)

“Wahai orang yang beriman, ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan zikir yang sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah kepadanya waktu pagi dan petang (Al-Ahzab:41-42)

“Orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenang dengan zikrullah (mengingati Allah), ketahuilah dengan zikrullah itu hati menjadi tenang.” (Al-rad :28)

Wahai Orang-orang yang beriman! apabila kamu bertemu dengan sesuatu pasukan (musuh) maka teguhlah hati mu dan zikrullah (sebutlah dan ingatlah) Allah sebanyak-banyaknya, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan). (Al-Anfaal : 45)

kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi), dan carilah apa Yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam Segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di Akhirat).(al-Jumaah:10)

“Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan sembahyang, maka hendaklah kamu berzikrullah (menyebut dan mengingati) Allah semasa kamu berdiri atau duduk, dan semasa kamu berbaring.” (An-Nisa:103)

Bermakna ingat pada Allah sentiasa. Berdiri, duduk dan berbaring.
Berdiri – jual beli, solat, berjalan, bekerja, bersalaman, sedekah, dan berbagai lagi.
Duduk – Solat, bekerja, membaca, menaiki kenderaan, menggunakan computer, mesyuarat, didalam tandas, menunggu dan sebagainya.
Baring – Ketika hendak tidur, tidur, rehat, sakit dan sebagainya.

Ingatlah..arak itu haram kerana membuatkan sipeminum itu lalai dari mengingati Allah. Bagaimana kita yang tidak mabuk tetapi lalai dari mengingati Allah? Bagaimana pulal lalai ketika solat? Sama sahaja, hukumnya haram sebab itu ingat pada Allah setiap saat itu wajib bukan sunat.

"janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah "(Al-munafiqun :9)

SOLAT KAUM MUNAFIK
"Kaum Munafik itu bila Mereka berdiri solat, mereka berdiri Dengan malas. Mereka bertujuan riak kepada manusia, dan mereka pula tidak mengingati Allah (didalam solat) melainkan sedikit sekali.”(An-Nisaa:142)

Kalau solat mengingati makna atau maksud ayat, munafiklah. Solat itu hati ingat Allah bukan makna. kerana makna ayat al-quran itu mcm-mcm ada cerita pasal firaun..ada cerita pasal kaum nabi luth..kalau ingat makna ingat firaun le..

Perbanyakkan menyebut nama Allah dihati ketika solat supaya tidak lalai. Ingatlah kusyuk itu bukan didalam solat sahaja..tetapi sebelum solat sudah kusyuk..

“Sesungguhnya berjayalah orang Yang berusaha membersihkan dirinya, dan menyebut-nyebut nama Tuhannya ketika solat (kusyuk).” (al_A’ala 14-15)

Jadi orang mukmin selamat. selamat dunia dan akhirat. Orang yang ingat pada Allah itu selamat dari syaitan.

“Sesungguhnya hamba-hamba ku (yang beriman dengan ikhlas*) tiadalah engkau (iblis) mempunyai kuasa terhadap mereka. Cukuplah tuhanmu menjadi pelindung (al-Isra:65)

*Beriman dengan ikhlas –Bermaksud pekerjaan yang dilakukan dengan mengingati Allah setiap masa itulah ikhlas kerana Allah. Sesaat lupa pada Allah berkemungkinan ibadah itu kerana selainnya samada datangnya sifat riak, bangga, merasakan diri berdaya melakukan ibadah dan lainnya kerana iblislah yang membisikkan arahannya.

“Allah menjadikan iman kecintaanmu serta di perhiaskannya Dalam hati kamu”(Al-Hujarat:7)

Ketahuilah orang yang beriman itu ada tanda perhiasan yang cantik iaitu tanda kalimah didalam hatinya yang Nampak dipandangan mata hati dan orang beriman itu sentiasa mendengar hatinya berzikrullah setiap saat tidak seperti orang kufur.

“(Iaitu) orang-orang Yang matanya telah tertutup daripada melihat tanda-tanda Yang membawa kepada mengingatiKu, dan mereka pula tidak dapat mendengar sama sekali.”(Al-Kahfi:101)

“oleh itu ingatlah kamu kepadaKu, supaya Aku membalas kamu Dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur.”(Al-Baqarah:152)
Jadilah diri kita orang yang beriman agar kita hidup bahagia dunia akhirat. Seperti janji allah kepada orang beriman apabila tiba hari kiamat;

"muka (orang Yang beriman) pada hari itu berseri-seri,tertawa, lagi bersuka ria (Abasa : 38-39)

Agar kita mencapai nafsu mutmainnah iaitu yang sentiasa cintakan kebaikan setiap masa.

"Wahai nafsu (jiwa) yang tenang (suci). Kembalilah kamu kepada Tuhanmu, dengan (hati) redha dan diredhai (Tuhan). Maka masuklah kamu dalam golongan hamba-hamba-Ku. Dan masuklah kamu ke dalam Syurga-Ku." (Al Fajr: 27-30)

JALAN MENUJU MUKMIN
Jalan menuju mukmin itu 4 perkara. Iaitu Al-Quran, zikrullah(ingat Allah setiap masa), Hidayah dan kitab-kitab.

Jadi yang pertama perbanyakkan membaca Al-Quran(kefahaman bukan hanya pandai tajwid dan lagu) Yang kedua ialah mengingati Allah (setiap masa). Dalilnya :

“dan sesiapa Yang beriman(sentiasa mengingati) kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (Memberi hidayah); dan (ingatlah), Allah Maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (At-Taghaabun:11)

“…Sungguh telah datang padamu dari Allah, nuur (cahaya) dan kitab yang jelas dan menjelaskan” – (Al-Maidah :15)

“Dia lah Yang memasukkan ketenangan ke Dalam hati orang-orang Yang beriman supaya mereka bertambah iman dan yakin”(Al-Fath:4)

Yang kedua ialah Zikrullah. Bila hati sentiasa berzikrullah, Allah akan beri hidayah, mengajar manusia menerusi hambanya yang dilantik untuk menyampaikan(iaitu Rasullullah) Dalilnya :

“dan juga (telah mengutuskan Nabi Muhammad kepada) orang-orang Yang lain dari mereka, Yang masih belum (datang lagi dan tetap akan datang) menghubungi mereka; dan (ingatlah), Allah jualah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana”. (Al-Jumaah:3)

“Dan tiada lah kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam (semua makhluk pada semua zaman)” (Surah Al-Anbiyaa : 107)

dan keempat barulah kitab-kitab pengajian.

Sampai-sampaikan dan Luruskan kembali jalan kita selama ini..insyaallah.

Z.Z
Lagi mengenai Rukun dan amalan syahadah gambar-gambar kekejaman Israel di
mukminblog.blogspot.com

Post a Comment

 
duniaku © 2008. Template Design By: SkinCorner